Unifi Home

Berikut merupakan Pakej Unifi Kediaman @ Unifi Home yang ditawarkan oleh TM. Terdapat 3 jenis pakej mengikut kelajuan iaitu:
  1. Unifi Advance Plan 30mbps - RM199
  2. Unifi Advance Plan 50mbps dan - RM249
  3. Unifi Pro Plan 100Mbps - RM329
    Note:  Harga diatas belum termasuk 6% GST.

Antara berbezaan antara ketiga-tiga pakej adalah hanya pada kelajuan dan harga bulanan sahaja. Setiap pakej Unifi di datangkan dengan pilihan pakej-pakej HyppTV seperti Aneka Pack, Ruby Pack, Varnam Pack dan Jumbo Pack seperti mana ditunjukkan di bawah:

1) Unifi Advance Plan 30mbps:


3) Unifi Pro Plan 100Mbps


Promosi UNIFI:
  • TIADA Kos Peralatan (bernilai RM800).
  • TIADA Deposit.
  • TIADA Kos Pemasangan (bernilai RM200) namun caj tambahan dikenakan untuk pemasangan kabel (melebihi 15 meter & 30 meter untuk casing).
  • - 1 unit (5 meter) Kabel Ethernet = RM25/unit.
  • - 1 unit (5 meter) Kabel Telefon = RM15/unit.
  • - 1 unit (5 meter) Casing (Raceway)= RM25/unit.
  • - 1 unit (5 meter) Kabel gentian = RM50/unit.
  • - Wifi USB Adaptor = RM40/unit.

Nota Penting:

A) Umum
1. Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada kontrak 24-bulan dan yuran penamatan sebanyak RM500 boleh dikenakan untuk perkhidmatan yang ditamatkan di dalam tempoh kontrak.
2. Pakej Kediaman hanya boleh dilanggan oleh pelanggan kediaman sahaja.
3. Turun taraf pakej adalah tertakluk kepada yuran sebanyak RM200. Sebarang permintaan untuk naik taraf atau turun taraf memerlukan TM mengunjungi rumah pelanggan akan dikenakan caj tambahan RM200.
4. Pakej kediaman UniFi tertakluk kepada Fair Usage Policy (FUP) yang kini dipraktikkan secara global.
5. Untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan, sila jelaskan kesemua bil tertunggak menjelang tarikh akhir yang telah dikeluarkan.
6. Bil UniFi pertama adalah termasuk Yuran Langganan untuk 2 bulan sebagai bayaran pendahuluan (semasa dan bulan berikutnya). Yuran Pemasangan akan dikecualikan jika anda mendaftar semasa tempoh promosi.
7. Pelanggan Streamyx sedia ada yang ingin melanggan UniFi, boleh memilih untuk menamatkan atau meneruskan langganan perkhidmatan sedia ada. Pelanggan yang memilih untuk terus melanggan perkhidmatan Streamyx akan menerima bil berasingan daripada UniFi. Untuk bangunan tinggi berdawai kuprum, perkhidmatan Streamyx sedia ada akan diputuskan untuk membolehkan perkhidmatan UniFi dipasang pada talian kuprum yang sama.
8. Pelanggan akan dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bantuan teknikal yang diperlukan dirumah pelanggan selepas pemasangan perkhidmatan UniFi.
9. Pengesahan kelayakan kredit pelanggan akan dilakukan sebelum melanggan UniFi.
10. TM berhak untuk mengubah saluran HyppTV yang ditawarkan pada bila-bila masa.
11. Tertakluk pada terma dan syarat dan juga tertakluk pada perubahan.